
Adan itu Syurga Firdaus. Siapa saja tak mahu jejak ke sana ? Semua pasti mahu termasuk aku juga. Orang bodoh saja yang mahu masuk Neraka Jahanam. Tapi bila yang namanya Heaven, tiket masuk dia jangan cakap lah. Mahal. Tak boleh bayar pakai duit macam kau beli tiket konsert Justin Bieber. Kena timbang dosa pahala. Timbang amal kau kat dunia. Aku tak rasa pahala aku berat dari dosa aku, tapi aku masih ada masa beratkan lagi timbangan pahala aku. Semua orang pun boleh usaha lagi. Masih ada masa. Tapi sangat singkat. Orang kata matahari sudah terbit di tempat yang sepatutnya dia terbenam. Tuhan dah tunjuk macam-macam tanda, tapi aku masih goyang kaki. Lalai tentang agama. Tak jaga hubungan dengan Tuhan. Solat kadang buat kadang tinggal. Al-Quran pun tak sentuh. Sibuk hal duniawi sampai lupa kehidupan di akhirat nanti payah. Kalau dah masuk neraka, nak cari air pun susah. Ini untuk ingatan buat diri aku sendiri. Aku cuba lah. Kita manusia biasa dan kita bukan Malaikat. Iman kita bukan macam iman Malaikat. Iman kita berubah-ubah. Syaitan tak penat nak goda kita sebab itu kerja dia, dia dah janji pada Tuhan yang dia akan cuba sedaya-upaya sesatkan anak-anak Adam yakni kita. Soul aku pun tak tenang sekarang. Bukan aku tak jumpa Tuhan. Aku cuma perlu sedikit ruang untuk aku bernafas dan stabilkan soul aku. Aku mahu bicara dengan Tuhan. Aku tak mahu jauh dengan Tuhan, biar aku dekat dengan dia. Biar aku ingat dia selalu. Aku mahu kejar Adan. Kejar sorang-sorang. Peduli apa aku.