Chaa

Biasanya aku akan hanya menulis untuk orang-orang yang bawa makna dalam hidup aku. Dan hari ini aku mahu menulis tentang seseorang. Tentang Chaa. Aisyah. Classmate aku kat KBM. Bukan setakat classmate aku rasa. Aku start kawan dengan Chaa bila kali pertama dia tanya soalan bodoh lepas class Mandarin, “Kat sini mana nak beli topup Celcom?” Start dari hari itu aku baik dengan Chaa. Tukar nombor dan aku cakap dengan dia eja betul-betul nama aku, Fafoo not Fafu. And now dia dah biasa panggil aku Foo. So nice. Chaa is a nice person and I like her. Paling kelakar masa Individual Presentation Personal Development, dia tanya aku, “Fafoo, what is your first impression about me?” And aku jawab, “Nice girl.” Chaa, “What ?” Me, “Niceeee girl!” And the whole class ketawa. And kalau nak cerita semua momen, memang tak akan habis. Tapi kalau kau tanya aku siapa yang selalu dengar cerita aku kat Melaka ni. Chaa lah orangnya. Kalau aku rasa down belajar siapa yang aku cari ? Chaa lah orangnya. Siapa yang khusyuk dengar cerita aku masa lunch kat Ellizat ? Chaa lah orangnya. Tak ada orang lain. Aku selalu lunch dengan dia kat Ellizat. Boleh terbayang lagi muka khusyuk dia dengar cerita aku sambil makan. Boleh terbayang juga muka dia masa berlakon Mandarin dengan aku. Sumpah gelak besar bila teringat. HAHA.

Chaa, aku rindu kau. Thanks selalu ada untuk aku. Thanks jadi kawan aku. Tak rugi kau tanya soalan bodoh mana nak beli topup tu. Aku tak malu menangis time lunch kat Ellizat bercerita pasal problem aku. Kau pun menangis cerita kat aku bila kau alone or down. Kita ada something yang boleh share even kita baru kenal. Aku sayang kau okay. Bila aku update status sedih, kau terus text aku. Bila aku merepek mati lah delete Labyrinth lah, kau terus call aku. Kau kata aku punya FB kena hacked. HAHA. Aku yang hacked padahal. Hari tu tiba-tiba kau text cakap sayang aku. Atototo. Very cute okay. Terbahak aku baca.

The other thing, aku just nak kau kuatkan diri pasal cinta okay. Macam aku cakap, orang kata cinta itu tak semestinya dimiliki. Sekurang-kurangnya kau ada someone yang kau tahu dia sayang kau and akan ada untuk kau bila-bila masa, dah cukup baik lah tu. Tuhan dah set jalan hidup kita. Kita cuma kena ikut je jalan tu. Kita tak tahu apa akan jadi esok lusa. Tuhan tu Maha Berkuasa. InsyaAllah satu hari nanti Tuhan bukakan pintu hati dia untuk Islam dan Tuhan bukakan pintu hati parents kau untuk terima dia. Bila dia masuk Islam dia sangat lucky sebab dia dapat Syurga dan dapat kau. Kuasa Cinta dengan kuasa Tuhan bila bersatu, takkan ada kuasa lain boleh halang dan boleh lawan. Kau aku pun ada masalah masing-masing dan kita sendiri kadang-kadang tak kuat nak layan benda-benda bodoh dalam hidup kita. Tapi selagi kita tahu peranan kita sebagai kawan, kita takkan biarkan kawan kita menangis sorang-sorang. Aku takkan biar kau menangis sorang-sorang dan aku tahu kau takkan biarkan aku menangis syok sendiri jugak.

Chaa : Foo, kau tu Atoto aku. Dah jangan sedih-sedih nanti rambut tu tak tumbuh-tumbuh dah.

Chaa, I love you so much ! Atotototo.