Main jiwa

Bila kita mahukan sesuatu macam-macam cara kita buat. Kita tak akan duduk diam, kita tak akan putus asa sebab kita tahu itu yang kita nak. Kadang-kadang kita cuba dapatkan apa yang kita mahu dengan cara kasar. Boleh jadi kita main tipu. Tapi dalam soal kau mahukan cinta, bagi aku tak perlu guna cara kasar dan main tipu. Dalam hidup aku, cinta itu bukan permainan dan bukan suka-suka. Aku tak ambil cinta itu saja-saja dan bukan untuk main-main. Aku tak akan guna cara kasar untuk dapatkan cinta dan aku tak akan menipu diri aku. Kalau cinta tu memang ikhlas datang dari hati kau, Tuhan akan bersama kau. Tuhan akan tolong kau dapatkan cinta itu. Cinta dan Tuhan. Aku percaya dua benda ini. Dan sebab itu aku masih minta tolong Tuhan dapatkan cinta itu untuk aku. Masih aku sebut nama dia dalam doa aku. Mahukan cinta itu tak mudah. Kau kena rasa peritnya, baru kau akan rasa manisnya cinta. Aku tak akan sia-siakan cinta aku sebab benda-benda bodoh.

Aku banyak belajar tentang cinta daripada pengalaman hidup aku. Macam mana manis rasanya cinta kali pertama. Macam mana sakit rasanya ditinggalkan atas alasan sial. Macam mana bebal rasanya bercinta dengan orang bodoh. Macam mana sesak rasanya tunggu orang bertahun lamanya. Macam mana penat rasanya mahu buat orang cinta dan sayang kita. Memang banyak perasa yang kau akan rasa. Tapi itu semua yang bikin kau kuat hari ini. Tuhan tak akan temukan kau dengan orang sembarangan sebab cinta kau itu bukan untuk orang sembarangan. Aku boleh berhenti tunggu orang yang bertahun sebab Tuhan temukan aku dengan orang yang bukan sembarangan. Orang kata kalau kita sabar tunggu kita akan dapat apa yang kita nak. Tapi kau kena ingat, kau tunggu cinta orang bukan tunggu barang. Aku tak percaya dengan istilah menunggu sebab aku dah banyak habiskan masa menunggu dan aku tak dapat apa-apa. Kalau kau rasa berbaloi menunggu, kau tunggu lah. Siapa aku mahu larang ? Tapi kalau ada orang yang betul-betul cintakan kau depan anak mata kepala kau, tak salah kau cuba bercinta dengan dia dan lupakan apa yang kau tunggu.