Semalam hari ini

Malam ini aku sendiri di Melaka. Aku tertinggal sesuatu di Johor Bahru. Soul dan cinta aku. Baru semalam aku dapat lihat wajah dia. Baru semalam aku dengar gelak dan ketawa dia. Baru semalam aku pegang hangat tangan dia. Baru semalam aku pinjamkan bahu kanan aku untuk dia lena. Baru semalam aku kucup dia. Baru semalam aku sentuh pipi dia. Hari ini aku masih terasa hangat tangan dia. Hari ini aku masih terasa berat kepala dia di bahu kanan aku. Hari ini aku masih terasa lembut pipi dia. Hari ini aku masih terasa kucup mesra dia. Hari ini aku masih terasa erat dakapan dia. Aku pegang bahu aku. Aku sentuh bibir aku. Aku menangis. Hari ini aku rindu dia. Aku harap dia ada di sebelah aku dan kesat airmata aku dan bilang jangan menangis lagi. Aku rindu momen bilamana dia tidur di bahu aku dan tidak hiraukan orang sekeliling. Nasib baik ada Haziq untuk buat berborak. Aku ketawa seorang diri bilamana dia kenalkan aku ini adalah girlfriend dia pada kawan-kawan dia tapi aku selalu bilang, “girlfriend ke?” Aku rindu mahu kacau dia hisap rokok. Selalu saja aku minta mahu rasa satu sedut. Dia selalu bagi. Dia selalu layan girlfriend dia ni. Dapatlah aku rasa satu dua sedut.

Aku tinggalkan dia sebentar. Tidak mahu lama-lama. Tapi aku sudah tinggalkan sepucuk surat cinta di dalam sampul surat berwarna merah untuk dia sebelum aku tinggalkan dia. Aku tulis surat itu di McDonald kelmarin masa aku tunggu dia sampai.

Foo : Bie, I nak be ingat okay those 10 things I like about you tu. My adik kata, that thing really sweet and dia baca pun macam nak nangis. I just do it for bie, so please remember taw bie.
Ash : Of course lah I will remember those 10 things bie like about me. And bie no matter what happen, don’t delete those 10 things okay bie.
Foo : Ehm. Janganlah cakap no matter what happen tu, seem likes something will happen. I don’t like it.
Ash : Lets just pray that nothing gonna happen okay. Don’t ever hoped but pray that nothing gonna happen.

I miss you bie. Take care there. Makan on time please bie. I love you.