Nota

Aku penat mahu cakap. Tak semua orang faham apa yang kita buat. Semua benda kita buat bersebab bukan main pakai buat. Kau berak sebab kau sakit perut. Kau tidur sebab kau ngantuk. Kau kerja sebab kau nak duit. Kau melancap sebab kau dah sangap. Kau stim sebab kau terangsang. Nampak tak semua benda kau buat bersebab. Seperti seorang aku di sini. Aku menulis, aku menulis tentang cinta aku dan apa yang aku tulis di Labyrinth ini ada sebabnya. Setengah orang suka dan setengah daripada mereka kurang suka. Aku tidak ada hati mahu tahu apa orang mahu bilang atau fikir. Dengan menulis saja aku boleh luahkan apa yang aku rasa. Kalau kalian itu berada di tempat aku, kalian akan faham. Kalian akan faham kenapa kadang-kadang aku terasa seperti ingin buang saja semua sampah di dalam Labyrinth ini. Kalian akan faham kenapa tulisan di Labyrinth ini banyak berkenaan cinta. Kalian akan faham kenapa aku tak putus asa menulis. Tapi masalahnya, kalian itu bukan aku. Kalian tak akan pernah faham. Tak akan pernah. Seperti yang aku bilang, tak semua orang faham apa yang kita buat. Tutup mulut. Kalau masih ada selera untuk baca isi Labyrinth ini, silakan. Aku tidak halau, apa lagi mahu memaki. Dan aku tak nafikan kalau ada sebahagian daripada kalian faham apa yang aku tulis.

Sekali kau menulis, kau tak akan berhenti. Sekali kau dapat cinta, berkali-kali kau usaha untuk cinta itu.