Tuhan & Cinta

Tahun baru. Aku percaya pada dua benda. Tuhan dan Cinta. Aku harap aku akan bawa dua nama ini hingga ke penghujung jalan hidup aku. Hanya dua nama ini saja. Allah dan Ashraf. Tuhan temukan aku dengan dia. Ada sebab kenapa Tuhan temukan aku dengan dia. Kalau aku bilang manis saja yang aku rasa dalam bercinta, itu dosa besar sebab aku menipu. Terus-terang, ini hubungan cinta yang sangat susah dan penat bagi seorang aku di sini. Banyak kali airmata jatuh. Hati aku jangan ditanya. Dia menangis dalam ketawa. Soul aku tak kurang juga. Kadang-kadang memberontak. Kebanyakan orang bilang, aku nampak gembira. Omputeh kata madly in love. Tampaknya dari pandangan kasar sepertinya aku sedang genggam cinta ini, padahal aku masih berpedang untuk mendapatkan hak mutlak cinta itu. Bukan aku bilang aku tak gembira. Bukan aku bilang aku terseksa. Siapa bilang ? Cuma bagi aku ada dua perasaan dalam satu masa yang sejajar. Rasa bahagia tapi tak selamat. Tapi ini semua ujian Tuhan. Kalau kau mahu rasa manisnya bercinta, kau perlu telan pahitnya, kelatnya cinta itu dahulu. Aku percaya pada janji Tuhan dan kerna itulah sampai sekarang aku masih asah dan pegang pedang untuk dapatkan cinta itu sepenuhnya. Tak. Aku bukan bawa pedang saja, aku bawa Tuhan bersama. Sebab aku percaya pada magis Tuhan dan magis Cinta.

Dalam banyak-banyak cinta, cinta ini paling aku rasa agung. Aku belajar macam-macam. Bikin aku jadi dewasa. Bikin aku jadi kuat. Bikin aku bernyawa. Bikin aku mahu terus hidup. Bikin aku mahu cepat-cepat lihat masa depan. Bikin aku bernafsu. Bikin aku percaya pada Tuhan. Bikin aku ingin terus menulis. Semua ini hanya aku yang rasa. Dan perasaan itu sangat indah. Indah hingga bikin aku ketawa dan menangis dalam masa yang sama. Aku tak akan sia-siakan cinta aku untuk hanya disebabkan benda bodoh dan seorang manusia bodoh yang tak hargai cinta yang dia ada dahulu. Aku percaya kuasa Tuhan dan kuasa Cinta tak ada siapa boleh lawan. Dan aku tahu Tuhan akan bersama aku, kerna dia tahu cinta aku ini ikhlas. Hamba dia ini tak akan putus asa kejar dan dapatkan kuasa mutlak cinta itu. Cinta itu bukan benda mudah, tapi selagi aku bawa bersama kepercayaan aku pada Tuhan dan Cinta, InsyaALLAH. Tuhan dan Dewa-dewa Cinta akan bersama aku, bantu aku untuk dapatkan cinta itu. Janji Tuhan. Kuasa Cinta. Aku percaya.


:')