Santai


Bila baran kau sampai, aku jadi diam. Tak mahu kata apa-apa. Tak mahu bilang apa-apa. Biar kau lepas api kemarahan kau itu. Pada seorang aku di sini. Tapi bila kau ketawa mendengar lawak bodoh dan cerita bodoh aku, aku jadi senang. Aku tersenyum kerna aku berjaya bikin kau ketawa. Gedik mengada aku, kau saja yang tahu. Gedik mengada kau, rasa mahu lempang saja seorang kau itu. Tapi kau itu masih favorite aku. Sungguh. Kau bilang, makin lama kita bersama, makin susah. Jadi, aku harap Tuhan permudahkan jalan untuk kita berdua. Biar jalan itu lebih lurus, lubang sikit-sikit tak apa lah. Walau apa pun, sudah aku bilang, yang namanya tahun 2012 itu harusnya lebih santai. Cinta juga akan jadi lebih santai. Apa yang kurang awesome, harus ditinggalkan di corner jalan tahun 2011. Faith itu sangat penting, InsyaAllah semuanya akan molek-molek belaka. Jalan akan jadi lurus saja. Itu namanya santai. Jangan salah faham. Aku bukan lah sedang mabuk bercinta bagai, aku cuma mahu bersikap lebih santai. Aku cuba hargai apa yang aku ada sekarang. Sebab esok lusa kita tak tahu apa akan jadi. Esok lusa tahu-tahu apa yang kita genggam sudah tidak ada dalam genggaman kita. Kita pun bukan tahu apa yang digenggam oleh masa depan. Kita bukan Tuhan. Tapi selagi kita usaha genggam apa yang kita ada, tak mustahil itulah yang dapat digenggam oleh masa depan nanti. Ya, oleh kita sendiri. Kita genggam masa depan kita. Masa depan pun akan jadi lebih santai. Jadi, aku mahu bersikap lebih santai saja. Tak salahkan.

Tuesday, 24th January 2012 : The best met. I'm crying when I got home.
:')