
Aku minta maaf terlebih dahulu untuk post ini kerana aku menaip sekarang ini ditemani para Satan dari Neraka Jahanam dan juga iblis-iblis serta jin-jin dari api neraka itu sendiri. Kiri dan kanan aku depa duduk bersama menghadap lappy ini. Tersengih-sengih dengan tanduk masing-masing dan masing-masing tak penat hasut aku taip itu taip ini. Biasalah Satan dan Iblis. Kali ini aku mahu sembang kencang tentang satu hal. Sebelum itu, aku bukan mahu jadikan Labyrinth ini sebagai medan perang antara seorang aku dan seorang dia yang di sana. Aku bukan mahu bercakaran seperti anjing dan kucing di sini. Aku bukan mahu tunjukkan tak matang aku di sini. Cuma aku mahu luahkan untuk kali pertama dan terakhir di Labyrinth tentang perkara ini yang selalu bikin kepala aku sakit. Terus-terang aku bilang ada seorang makhluk di muka bumi ini yang selalu datang dalam mimpi aku, dalam tidur aku dan dia ganggu hidup aku secara halus dan itu main kasar namanya. Aku harap apa yang aku taip dan hantar pada kau itu, kau gunakan dan tolong jangan jadi parasit. Aku tahu panasnya macam mana bila kau baca apa yang aku beri pada kau, tapi hati aku lagi panas bila pesanan ringkas kau masuk masa aku dengan boyfriend aku. Kau tak pernah tahu betapa susahnya aku pertahankan benda yang aku percaya. Kau tak pernah tahu betapa takutnya aku selama ini. Kau tak pernah faham apa tu cinta aku rasa. Sila berundur. Kalau aku jumpa lagi, aku tak sabar nak buat telinga dan hati kau panas. Cubalah. Kau dengan baju kotak-kotak kau. Baju kotak-kotak kau dengan kau. Aku tengok besar kecik besar kecik je. Kau bukan level aku. Mintak maaf. Ini baru betul sembang kencang. Puas hati gua. Lu apa tahu ? Gua tak kacau telo lu pun lah. Lu duduk relax hisap rokok sudah. Hanjing.