Sin

Aku segan. Aku rasa sepertinya tak layak untuk seorang aku di sini bicara tentang Tuhan lagi. Bila difikirkan semula, memang tidak layak langsung aku buka cerita tentang Tuhan. Aku rasa hanya orang yang berhijab, berkopiah, bertanda hitam di dahi sahaja yang layak bicara tentang Tuhan. Orang seperti aku, bila bicara tentang Tuhan sepertinya ada yang tidak kena nanti. Ah persetankan saja lah. Hari ini aku rasa jauh dengan Tuhan. Alasannya, aku sudah lama tak ambil air solat dan solat. Hari ini aku rasa diri aku bergelomang dengan dosa. Alasannya, nafsu dan godaan Syaitan. Hari ini aku rasa hidup aku langsung tak tenang. Alasannya, aku berhenti berdoa pada Tuhan sejak kebelakangan ini. Hari ini aku rasa aku tak layak bicara tentang Tuhan. Aku tak punya alasan. Hati dan soul aku segan agaknya mahu bicara tentang Tuhan. Dosa kelmarin. Dosa semalam. Dosa hari ini. Dosa hari esok. Aku harap Tuhan ampunkan dos-dosa aku. Tunai. Aku harap esok aku dapat basahkan dan sejukkan diri aku dengan air solat kemudian sarung telekung putih. Menaip memang senang, nak buatnya payah. Slow-slow lah Foo. Haish. Segan lah sembang macam ni.