Choice

Hidup adalah tentang pilihan. Pilihan itu yang akan bawak kita sama ada ke atas atau ke bawah, jatuh atau bangun, sengsara atau bahagia dan baik atau buruknya kita. Dan umumnya diri kita sendiri punya kuasa mutlak untuk membuat pilihan. Pilihan hidup. Dan pilihan itu bergantung kepada kehendak diri masing-masing, bukan orang lain. Aku percaya kadang-kadang kita tak tahu nak buat pilihan. Kadang-kadang kita buat pilihan yang salah. Kadang-kadang juga kita berjaya buat pilihan yang betul. Contohnya, seorang aku di sini. Dulu aku buat pilihan untuk menunggu. Lama aku tunggu. Sampai tahap aku rasa pilihan aku untuk menunggu itu salah. Salah besar. Tapi aku terus menunggu sebab aku rasa itu pilihan yang betul. Satu tahun setengah kemudian, aku buat pilihan untuk berhenti menunggu dan aku pilih untuk cuba terima orang lain. Masa tu aku rasa pilihan aku betul. Lagi. Tapi sampai suatu masa pula, aku rasa aku buat pilihan yang salah. Lagi. Salah besar. Tapi aku tak terus ubah fikiran. Aku tak terus buat pilihan untuk berhenti. Aku pilih untuk usaha. Usaha untuk dapatkan apa yang aku pilih. Dan hari ini aku rasa pilihan aku betul. Setakat hari ini aku rasa aku buat pilihan yang betul. Aku harap esok lusa atau hari akan datang, pilihan aku ini akan terus betul sebab bukan senang kita nak mula balik buat pilihan dan habiskan masa untuk fikir sama ada pilihan kita itu betul atau salah. Bukan senang.

Satu masalah kote dan pusi kat Malaysia ni, depa susah sangat nak terima orang lain sebab depa susah nak lupakan ex depa. Dan kote dan pusi itu pun termasuklah aku dengan bf aku. Ada juga orang tanya aku banyak kali pasal natang ni. Bagi aku ada sebab orang blah daripada hidup kau. Tuhan nak jumpakan kau dengan orang lain yang jauh lebih baik daripada yang blah tu. Dan kau tak akan jumpa orang yang terbaik untuk kau, kalau kau dah set dalam kepala kau yang kau dah ada yang terbaik. Kau salah. Salah besar. Cuba lah. Ubah mindset kau. Kalau kau pilih untuk menunggu orang yang dah blah, aku tak rasa dia akan datang balik kat kau. Cuba terima orang lain. InsyaAllah itu pilihan yang betul.

If you love two people at the same time choose the second one. Because if you really loved the first one you wouldn’t have fallen for the second one. –Johnny Depp

This is from Johnny Depp. I gave these words to Ash and it’s worked. I guess. So should I go and meet Johnny Depp to thank him? HAHA. I hope Ash know that he make the right choice when he choose me. I really hope. I’m smiling when he show me this words during our met, he saved it on his hand phone.