
Zaman sekarang bila lihat anak-anak muda terasa kelakar. Kelakar apabila mereka terlupa yang aku juga pernah jadi anak muda. Aku juga pernah muda. Tapi apa lagi mahu aku pertikaikan, dah namanya pun darah muda. Macam-macam yang mahu dicuba. Macam-macam mahu dilakukan. Elok atau tak elok, sendiri saja yang tahu. Kadang-kadang aku rindu jadi muda. Rindu mahu jadi orang muda. Zaman aku muda dulu tak sama dengan zaman muda budak-budak sekarang. Jauh bezanya. Bila dilihat rasanya ramai yang tak elok berbanding yang elok. Yang nampak elok pun tak ke mana eloknya itu. Sama juga perginya pada seorang aku. Keinginan ada. Nafsu ada. Zaman sekarang zaman kita sudah tak kenal dosa pahala dan haram halal. Arak itu dianggap air teh. Dadah dianggap gula-gula. Seks itu seperti rutin harian, gayanya seperti laki bini. Anak-anak muda bangga update status FB, katanya samuk di kelab malam. Bapanya berkopiah putih, anaknya bertatu bagai.
Aku tak mahu masuk campur sangat dosa pahala manusia sekeliling aku sebab aku sendiri ada dosa pahala yang aku perlu jaga. Tapi hakikatnya aku seorang pemerhati dan juga pelaku. Jadi tak menjadi masalah untuk aku menilai tentang sesuatu. Di mana yang aku nilai itu ada pada mereka dan diri aku sendiri. Dosa pahala mereka. Dosa pahala aku. Itu yang aku nilai. Dan aku harap mereka pertimbangkan tahap dosa pahala mereka kerana ada masa aku pertimbangkan dosa pahala aku. Dosa aku berat. Pahala aku ringan. Aku harap Tuhan jangan pesongkan aku. Kuatkan iman aku untuk aku berpedang dengan nafsu aku sendiri. Aku sangat sangat berharap Tuhan ringankan diri aku untuk solat semula kerana sudah lama aku tinggal solat. Aku harap aku ingat step-step ambil wuduk. Aku harap aku ingat doa Iftitah. Aku harap aku ingat lagi apa perlu aku baca di Tahiyat akhir solat aku. Dan aku rindu perasaan indah dan syahdu selepas solat. Dah lamanya sangat aku tinggal solat. Aku rasa teruk Tuhan. Kau masih terima aku tak ?
Zaman muda zaman sesat. Zaman muda zaman bernafsu. Zaman muda zaman pemerintahan Syaitan.