Empat

Malam sepi. Gelap. Malam ini aku berada di rumah aku. Di Tampoi, Johor Bahru. Kurang berapa hari lagi aku akan tinggalkan Johor Bahru. Tinggalkan katil di rumah. Tinggalkan ayah mama. Tinggalkan adik kakak abang kucing. Tinggalkan Ashraf. Kehidupan yang bosan dan lapuk akan dilewati semula. Kehidupan sebagai pelajar Uitm Kampus Bandaraya Melaka Semester yang Ke-4. Terus-terang hati sangat berat mahu jejak kaki di Melaka. Terus-terang soul memberontak tak mahu pulang ke Melaka. Terus-terang sudah terbayang seorang aku naik turun lift. Terus-terang sudah terbayang dan terasa sejuk beku ketika kuliah. Terus-terang penat belajar. Tapi tak mengapa lah. Tinggal Semester 4. Semester 5. Praktikal. Akhirnya nanti segulung BBA (Hons) Human Resource Management akan ada dalam genggam tangan aku. Aku harap aku lebih fokus belajar. Aku harap aku kembali jumpa Tuhan. Aku harap Tuhan permudahkan aku untuk menuntut ilmu. Aku harap semuanya baik-baik saja. Aku harap Ashraf faham. Aku harap aku tak dapat pointer cikai lagi macam Semester 3.

Semester 3 cuma dapat 3.38. Aku ada banyak alasan untuk angka 3.38 itu. Aku demam. Aku tak boleh fokus study dengan hidung berhingus. Aku belajar last minit sangat. Aku tak solat. Aku tak berdoa. Aku berserah. Semester 4 bukan lagi 3.38. Caranya. Jangan demam Foo. Jangan hidung berhingus Foo. Aku jenis belajar last minit tapi. Jangan last minit sangat lah Foo. Jangan tak solat Foo. Jangan tak berdoa Foo. Jangan terus berserah Foo. Hang ingat hang tera kah Foo ? Alah aku tak kisah sangat 3.38 sebab aku dah agak. HAHA. Tapi bebel sedih kat Ash pasal pointer sikit.

Kau usaha lebih, kau dapat lebih. Kau usaha sikit, kau dapat sikit.
Chaa usaha lebih, dia dapat lebih. Foo usaha sikit, dia dapat sikit.
Adil lah. Atoto.

Semester baru. Jangan lupa pasang niat yang betul Foo. Senang ilmu tu nak menyelinap masuk otak.