
Minggu ini minggu airmata. Bergelen airmata. Aku menaip ini pun, ada airmata yang bergenang. Aku menangis sebab baru aku sedar yang masih ada manusia di dunia yang kejam ini yang bisa cinta aku dan inginkan aku separuh mati dan sampai mati. Baru aku sedar yang saat ini ada seseorang yang mahu berkongsi seluruh hidup dia dengan aku hingga lah tua bongkok. Dan ya, aku juga mahu berkongsi seluruh hidup aku dengan dia. Hanya dia. Dia bikin aku percaya pada cinta semula. Dia bikin aku menangis kerna cinta. Bilamana aku bersama dia, tangan kanan aku digenggam erat. Dia tak perasan, tapi aku tersenyum sepanjang aku berjalan dengan dia. Bilamana aku bersama dia, hilang segala perasaan sial dalam soul aku. Bilamana aku bersama dia, aku akan berkongsi ketawa dan airmata. Aku tak pernah rasa sedih seperti sekarang ini. Dia kekuatan aku. Dia kelemahan aku. Tuhan saja yang tahu betapa aku mahu hidup selamanya dengan dia. Tuhan saja yang tahu betapa aku rasa bertuah berada di samping dia. Dan Tuhan saja yang tahu betapa aku tak mahu tinggalkan dia sekarang ini mahupun akan datang.
Aku mahu dia tahu.
Macam mana besarnya cinta dia pada aku, macam itu jugalah besarnya cinta aku pada dia. Macam mana sesaknya rasa rindu dia pada aku, macam itu jugalah sesaknya rasa rindu aku pada dia.
Macam mana tingginya harapan dia ingin bersama aku, macam itu jugalah tingginya harapan aku ingin bersama dia.
Aku tahu dia tahu semua ini.