
Iman itu tak dapat diukur dengan labuh mana tudung kau pakai. Atau mungkin berapa lilitan tudung kau itu. Bagi aku, itu bukanlah satu method yang boleh diguna pakai untuk mengukur iman seseorang perempuan. Bertudung atau bertelanjang rambut itu tak penting aku kira di sini. Apa yang penting bagi seorang perempuan itu adalah pembawakan diri dan cara berfikir. InsyaAllah di situ lah dapat kita lihat iman seorang perempuan. Jangan bilang bilamana seorang perempuan itu suci memakai tudung, kita layak gelar dia itu beriman dan layak menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki. Jangan pula bilang perempuan yang bertelanjang rambut itu tidak layak langsung untuk dijadikan isteri dan tidak punya iman langsung. Tak semua perempuan itu layak bergelar isteri. Kau kena faham statement ini. Aku tak suka bila orang bezakan perempuan itu baik atau jahat berdasarkan penutup kepala. Itu bukan cara yang betul. Bila seorang perempuan itu berilmu dan tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut dia lakukan dan bertindak dengan fikir prons and cons, aku kira sudah cukup baik lah itu. Kita boleh berfikir ikut akal tapi kita juga boleh berfikir ikut nafsu. Kita tak boleh kata yang orang bertudung itu tak punya nafsu dan tak akan pernah berfikir mengikut nafsu sebab mereka itu manusia bukan malaikat yang tak punya nafsu. Bertudung atau bertelanjang rambut itu sama saja. Apa yang boleh kita bezakan adalah pembawakan diri dan cara berfikir. Itu yang paling penting, bukannya tudung. Ini pendapat aku, bukan aku mahu diskriminasikan perempuan bertudung sebab aku ini bertelanjang kepala. Aku hidup bukan dua tiga tahun je. Dah bertahun hidup, jumpa macam-macam perempuan. Ada je perempuan pakai tudung terkandas bila kote nak main. Ada je perempuan pakai tudung yang betul-betul baik, gelabah bila tak solat lagi waktu dah nak habis. Ada je perempuan bertelanjang kepala masih dara. Ada je perempuan bertelanjang kepala yang solat cukup 5 waktu. Tapi ada je perempuan bertelanjang kepala yang layak dipanggil sundal. Pembawakan diri dan cara berfikir paling penting aku bilang.
Kita jangan kisah sangat dosa orang lain lah. Kisahkan dosa kita sendiri. Simpan aib kita. Lecturer aku pernah tanya dalam kuliah, apa benda yang kita tak boleh kongsi dengan orang ? Macam-macam jawapan. Kubur. Salah. Ilmu. Salah. Pahala dan dosa. Salah. Jawapannya aib kita. Kita tak boleh nak kongsi aib kita dengan orang. Jadi simpan elok-elok aib kita. Itu antara kita dan Tuhan. Jangan kisahkan sangat lah dosa perempuan tak bertudung tu. Kisahkan dosa kau je sebab dah confirm ke kau masuk syurga ?