Takdir mati

Aku ada satu permintaan buat Tuhan di langit tinggi. Aku tak minta Syurga setakat ini. Aku minta kalau betul Dia sudah tulis takdir mati aku itu akan datang dalam beberapa hari ini, aku minta Dia lambatkan takdir mati aku itu. Aku minta dia tangguh takdir mati aku kerna aku sungguh masih belum sedia untuk terima takdir mati aku. Aku masih mahu hidup kerna saat ini baru aku dapat merasa apa itu cinta sebenar. Mohon Tuhan jangan tarik rasa indah ini dari aku. Mohon jangan Tuhan berhentikan nyawa aku, kerna nanti aku tak dapat merasa rasa indah ini lagi. Rasa indah yang tak akan aku dapat di hayat akan datang. Rasa indah yang aku tak pernah dapat di masa silam aku. Bila aku sendiri di sini, aku menangis. Tuhan beri aku peluang untuk aku rasa manisnya bercinta itu. Aku tak mahu Tuhan beri pinjam sekejap saja rasa ini, jadi aku mohon pada Tuhan yang satu. Aku mohon jangan tarik balik bahagia yang kau beri pada aku setakat ini. Jangan padamkan hela nafas aku. Aku masih perlu hidup bersama cinta ini. Aku tahu dia masih perlukan aku untuk hidup di dunia ini. Aku tahu dia akan terseksa nanti bila aku tiada. Tolong aku Tuhan. Tangguhkan takdir mati aku. Aku masih mahu hidup. Untuk kau, Tuhan. Untuk cinta juga. Aku tak minta Syurga setakat ini. Aku tak minta banyak. Tangguhkan takdir mati aku.

Tapi Tuhan, kalau boleh hidupkan dia juga untuk aku. Aku perlukan dia untuk hidup. Untuk bernafas.