
Bila aku pejamkan mata apa yang aku nampak itu hanya kau. Bila aku buka mata apa yang aku nampak itu juga hanya kau. Airmata hangat jatuh bila aku pejamkan mata aku nampak kau mati. Airmata hangat aku akan jatuh bila aku buka mata aku nampak kau mati. Aku mahu satu dunia tahu tentang satu perkara. Aku paling takut untuk terima hakikat yang kau akan mati tinggalkan aku satu saat nanti. Hari ini aku boleh rindu orang yang masih hidup. Aku boleh jumpa kau dan lepaskan rindu aku pada kau. Tapi aku takut hari esok atau lusa aku akan rindu kau tapi rindu itu untuk orang yang sudah mati. Boleh beritahu aku macam mana mahu aku lepaskan rindu untuk orang yang sudah mati ? Hari ini aku masih boleh dengar suara kau. Tak kisahlah dalam telefon atau depan-depan. Hari-hari aku message dengan kau.Tapi nanti kalau kau mati, boleh aku tahu macam mana aku mahu dengar suara kau ? Dengan siapa aku mahu message ? Hari ini aku masih boleh rasa hangat tangan kau. Masih boleh aku rasa kucupan kau dan peluk erat kau. Tapi satu saat nanti kau pergi, boleh beritahu aku macam mana aku boleh dapat rasa hangat tangan kau, kucupan dan peluk erat kau itu lagi ? Hari hari aku akan jadi hari yang paling gembira bila aku bersama kau. Banyak benda aku kongsi dengan kau. Banyak cerita mahu aku ceritakan. Banyak lawak bodoh mahu aku beritahu biar bikin kau ketawa. Tapi satu saat nanti kau pergi, boleh beritahu aku pada siapa aku boleh bercerita tentang semua benda ? Siapa yang nak ketawa dengar lawak bodoh aku ? Boleh beritahu aku ? Airmata kau dah terlalu banyak untuk aku. Boleh beritahu aku satu saat nanti bila kau pergi, siapa saja yang boleh menangis untuk aku ?
Aku mahu kau tahu yang aku hanya mahukan kau seorang saja. Aku tak mahu orang lain. Jadi boleh tolong aku Sayang ? Tolong hidup untuk aku. Aku tak minta banyak.
Bie, bie ingat tak bie cakap remember my voices I terus nangis ? Bie ingat tak ada satu hari tu I nak tidur, then I mimpi bie mati, I terus nangis-nangis call bie ? Bie ingat tak masa tu I call bie nangis-nangis sebab I rindu bie ? Bie ingat tak ? Bie ingat tak I nangis taip this post then I call bie nangis-nangis suruh bie jangan mati. Bie ingat tak ? Bie tahu kan apa jadi bila bie takda dengan I nanti ? Hari-hari I nangis. Bie taknak kan ? So bie jangan mati okay. Bie kena hidup untuk i. Kalau bie mati, bie kena bangun hidup balik untuk i. Bie dah janji.