@kakaperawan

“Berpura-pura seolah kau masih ada menari-menari di jendela sambil kuntumkan senyuman manis berbunga.”

Kaka selalu bilang nothing last forever. Bila dia bilang begitu aku jadi takut. Takut tak bisa aku genggam apa yang aku inginkan selamanya. Jadi aku selalu bilang yang we can make it forever. Aku bukan mahu sembang tentang we can make it forever sebab bagi Kaka itu vice versa di sini. Lihat saja dari penulisan kau itu, sungguh nampak kau sedang kecewa. Jadi betul lah apa yang kau bilang, nothing last forever. Dan bukan senang untuk seorang perempuan bergerak sendiri bilamana sebelum-sebelum ini dia ditemani oleh Malaikat pelindung. Malaikat yang kepakkan sayapnya untuk dia. Malaikat yang berpuisi pujangga untuk dia. Mungkin lebih daripada itu sendiri. Tapi tak bermakna bila Malaikat itu sudah letih mahu kepakkan sayapnya untuk kau, kau tak boleh berjalan sendiri. Kau tak boleh terbang tinggi. Kau tak boleh kepakkan sayap kau sendiri. Mahu bergerak ke hadapan dan hilangkan segala ingatan lalu terkebelakang bukan kacang goreng. Tapi kalau itu yang sepatutnya kau lakukan, kau harus ambil langkah. Langkah itu tak perlu terburu-buru, cukup asalkan kau nampak langkahnya walaupun satu inci jua. Aku percaya kau tahu tentang ini. Kalau perlu, buang saja perkakasan yang bisa bikin kau ingat dia. Potret wajahnya, jangan kau tatap dan dakap tikamana kau tidur. Buang saja semua itu. Boleh, cuma mahu atau tidak mahu saja. Lekaslah. Semua orang pun mahu lihat kau move on. Terima kenyataan. Dari mata kepala kau itu sendiri aku pasti, kau nampak kayaknya dia sudah move on dan bikin hati kau sakit. Kalau benar dia sudah hapuskan segalanya tentang kau dari ruang legar otaknya, tak salah untuk kau ambil langkah cepat. Bukan memaksa tapi itu yang diharapkan.

Tuhan pisahkan kita dengan seseorang itu sebab mahu bagi kita peluang untuk jumpa orang yang barangkali jauh lebih baik dari orang sebelum ini. Tuhan sudah tulis dan lakarkan jalan cerita kita cuma kita tak tahu ke mana arah sebenar yang patut kita tuju, patut kita lalui. Apa yang patut kita buat adalah ikut saja jalan yang kita nampak. Akhir cerita nanti, kau akan jumpa satu jalan yang akan bikin kau tersenyum. Dalam kes Tuhan, tak punya istilah jalan mati.

Dan tak berharap kau terus lekas cari cinta baru. Istirehat. Barangkali istirehat sambil menulis untuk SenoritaZine mungkin lagi kacak dan bergaya.