Pakai

Cinta itu ibarat kita pakai baju. Kita beli sehelai baju dan kita pakai. Hari-hari kita pakai, walaupun sudah lusuh. Sebab kita selesa pakai baju itu. Macam cinta juga. Bila kita selesa kita akan bersama. Cinta itu ibarat kita pakai seluar. Kita beli sehelai seluar dan kita pakai. Kita selesa, dan kita pakai selalu. Walaupun sudah koyak kita tetap pakai. Macam cinta juga. Walau buruk mana pun perangai pasangan kita, kita tetap akan bersama. Cinta itu ibarat kita pakai stokin. Kita perlu ada dua pasang stokin. Kiri dan kanan, baru sempurna. Macam cinta juga. Perlukan dua insan. Pasangan. Cinta itu ibarat kita pakai kasut. Mahu pergi ke mana-mana, perlu berkasut. Kiri dan kanan. Kena hujan sama-sama. Kena lumpuh sama-sama. Macam cinta juga. Susah senang sama-sama hadap. Cinta ini ibarat kita pakai sesuatu. Kita pakai satu baju selalu sebab kita suka baju tu. Banyak kali pakai baju sama. Sama juga bila kita pakai seluar. Hari-hari pakai seluar yang sama sebab kita suka seluar tu. Kita pakai stoking sama hari-hari sampai bau tengik apa ada hal sebab dah suka dan selesa. Kita pakai kasut yang sama sampai koyak rabak pun sebab kita selesa jalan bila pakai kasut tu. Macam cinta juga.Kita akan stay dengan benda-benda yang kita sayang dan selesa. Kalau nak kata kita hari-hari pakai baju yang sama, seluar yang sama, stoking yang sama, kasut yang sama sebab kita dah tak ada baju, seluar, stoking dan kasut yang lain, itu semua macam cinta juga. Kau ada cinta kau je, hari-hari kau dengan cinta kau.

Macam aku juga. Aku ada boyfriend yang sayang aku. Menangis selalu pasal aku. Tahan dengan perangai aku. Ego aku. Tunggu aku hari-hari siapkan assignment aku. Tak tidur semata-mata nak kejutkan aku bangun pergi class. Aku ada dia je. Kalau kau ada kat tempat aku, kau faham apa yang aku buat dan tak meluluh cakap sembarangan. Aku menulis bersebab.