Chaa II

Ini tulisan kedua tentang Chaa. Perkataan paling tepat yang mahu aku taip adalah rindu. Ya, rindu. Keadaan sepertinya tak seperti dulu lagi, mungkin silap aku. Kali ini aku tunduk. Aku cuba sampaikan apa yang aku rasa tapi mungkin cara aku salah jadi keadaan jadi serba tak kena lantas beginilah yang aku rasa. Keadaan tak seperti dulu. Kita tak seperti dulu lagi. Banyak perkara yang aku rindu. Dulu bila kau dah dapat kerja masa cuti semester, kau beritahu aku. Sekarang dah tak. Aku mahu beritahu, aku kerja sekarang ni. Di Playground. Dulu dapat juga aku SMS dari kau, tapi sekarang sudah tak ada langsung. Dulu ada juga SMS berbau ngaduan, tapi sekarang sudah tak ada. Aku harap benda tak akan berlarutan lama. Mohon akan datang nanti kita akan jadi seperti dulu, tak ada rasa janggal. Mohon sangat. Sebab aku tak pernah jumpa orang sebaik kau, segigih kau. Kau nekad dengan benda yang kau buat. Aku tahu banyak persamaan tentang aku dan kau tapi mungkin cara kita berbeza dan aku tak mahu perbezaan itu yang buat kita jauh dan tidak seperti dulu. Aku sedih. Aku rindu nak makan berdua dengan kau macam Semester 3. Rindu nak tengok muka kau khusyuk dengar cerita aku sambil makan. Makan bendi.

Dan aku sayang nak delete message ni :

“Atoto, semalam kau teman aku tidur. Hari ni aku tidur sorang. Sedih lah. Night Atoto. Selamat bergayut. Sayang Atoto ketat-ketat.”

Dan terima kasih untuk ini :

“Masa panjang lagi Foo. Kita tak boleh jangka, semuanya boeh berubah sekelip mata. Semalam kita bercinta dengan orang ni. Hari ni kita kawan dengan orang lain. Itu semua perancangan Allah. Yang pasti Allah tak bagi apa yang kita nak, tapi Allah bagi apa yang kita perlukan. Teruskan dengan apa yang kau nak dan kau rasa. Hidup kau, masa depan kau, semua kau yang tentukan.”