Ashraf

Aku rindu kau. Kau tahukan macam mana susahnya aku kat sini bila jauh dengan kau? Masuk hari ini dah 4 hari aku kat Melaka. Hari-hari aku menangis. Setiap malam aku tidur aku peluk sweater kau. Aku cium bau kau yang lekat pada sweater tu. Tiap kali aku dapat tangkap bau kau itu aku terus nangis. Takut-takut bau itu akan hilang. Makin rindu aku pada kau. Makin deras airmata aku nanti. Jadi aku minta pada Tuhan untuk lekaskan masa itu berlari biar sampai pada masanya aku akan bersama dengan kau. Selamanya. Aku mahu kau tahu. Kau paling terindah yang pernah aku dakap dan cium. Kau paling cengeng menangis bila dengan aku. Dan kau perlu tahu. Kau paling manja yang jadi favorit aku. Kalau kau mahu tahu lagi, kau itu paling menawan hati aku, bukan kote lain. Aku mahu beritahu lagi. Kau itu bikin hati aku ini makin merah. Aku sayang kau lah Dogol. Kau benda terbaik yang pernah aku ada dan aku takkan pernah lepaskan kau. Kiranya nanti ajal mahu bawa kau pergi, aku akan tarik tangan kau. Aku takkan benarkan.

Banyak-banyak benda, aku paling rindu bila kau menangis depan aku. Banyak-banyak benda, aku nak pesan pada kau, pergi jumpa doktor buat medical check-up. Aku benci kalau kau sakit. Aku taknak kau mati lah bodoh. Banyak-banyak benda, aku fikir macam mana hidup aku kalau kau tak ada dengan aku. Aku mati.

Tuhan di langit tinggi saja tahu gimana rindunya, sayangnya, kasihnya, cintanya aku pada kau Sayang. Jaga diri.

Ash : Bie suka bau i even bau i macam Sardine ?
Foo : Bau bie macam mana pun kan i still akan rindu and gonna be my favorite perfume bau bie tu.
Ash : Really ? That's the most sweetest thing i ever heard from my gf. Oh how i love you so much bie !


Aku tukar lagu favorit kau : Lobo - Will You Still Love Me Tomorrow.