Tahniah


Alhamdulilah. Aku percaya Allah itu Maha Adil. Selagi kita berusaha, Dia tepati janji dia dengan kita. Aku pegang pada satu benda dalam belajar. Kita usaha lebih, kita dapat lebih. Penat lelah aku belajar selama ni berbaloi. Sangat berbaloi. Result untuk Semester 5 cukup buat aku tersenyum. Cukup buat aku gembira. Terima kasih Ya Allah untuk 3.84. Bila aku belajar, aku bukan setakat belajar buku teks tebal untuk jawab peperiksaan, lebih dari tu. Aku belajar untuk tak putus asa. Aku belajar macam mana susahnya nak dapatkan sesuatu dalam dunia ni. Banyak kali aku menangis, merungut penat belajar. Gaduh sebab assignment. Aku marah bila kita je yang nak terbaik untuk assignment tapi orang lain tak. Aku marah bila orang pentingkan diri sendiri. Aku pertikaikan, kenapa Allah bagi juga kelebihan pada orang-orang yang berkenaan. Tapi sekarang Allah buktikan yang Dia memang adil. Kalau kita kurang kat sini, kita lebih kat situ. Kalau dia lebih kat situ, dia kurang kat sini. Cukup adil. Bagi aku, dalam belajar tak perlu berlagak dan tak perlu pentingkan diri kalau benda tu melibatkan orang lain. Aku tak mintak dipuji. Aku tak mintak nama. Tapi sebagai manusia biasa, sifatnya itu mahu dihargai, termasuk aku.

Tak banyak pihak yang mahu aku ucapkan terima kasih kecuali ayah, mama, Ash dan Chaa. Gaduh macam mana pun aku dengan ayah mama, aku tahu doa ayah mama tak pernah berhenti untuk aku. Terima kasih untuk kucupan tahniah itu, aku rindu sangat-sangat. Terima kasih untuk Ash yang selalu kejut aku bangun pergi kelas dan study. Masa aku banyak habis kat assignment and study sampai Ash rasa alone tapi dia juga yang selalu dengar aku menangis mengadu pasal belajar, bagi aku text panjang-panjang nak bagi semangat untuk aku belajar. Banyak sangat Ash dah tolong aku dan aku terhutang budi pada dia. Chaa, satu-satunya kawan aku kat KBM. Aku banyak bergaduh dengan dia pasal assignment tapi dia jugak lah yang buat aku nak usaha betul-betul dan aku bersyukur  dapat kawan dengan dia, duduk sebelah dia dalam kelas. Aku bersyukur yang aku tak salah pilih kawan.

Tak tahan. Menangis. Hingus meleleh tengok ini:


"Antara tanda doa dimakbulkan Allah ialah apabila kita mula berusaha." -Ustaz Zahazan