
Cinta pertama itu rasanya boleh diibaratkan seperti kali pertama kau terberak dalam seluar. Bagi seorang aku di sinilah. Rasa dia. Bau dia. Perasaan dia. Jangan cakap. Susah nak lupa. Tapi yang namanya taik, bila-bila masa boleh diganti dengan taik yang baru. Bau dia. Rasa dia. Perasaan dia. Dah lain. Sudah tidak sama. Macam cinta juga. Kalau boleh aku samak seorang kau dari taik itu guna kapur barus, akan aku samak kau. Akan aku gonyoh-gonyoh, sental-sental kau biar hilang taik itu. Biar tak ada bau lagi. Biar tak kelihatan lagi. Biar tak berbekas. Tapi taik itu jenis yang keras kepala. Degil. Sekuat hati aku sental pun tak hilang jugak. Jadi sekarang ini, semua bergantung pada tuan empunya spender. Nak buang atau simpan. Tapi aku faham bila yang namanya cinta pertama susah mahu luput. Tak ada tarikh luput. Mesti kau tersenyum bila teringat kali pertama kau terberak dalam seluar masa kau kecik. Macam itu juga bila kau teringat cinta pertama kau. Aku faham. Tak salah pun.
Semua kote dan pusi pun ada cinta pertama. Semua kote dan pusi pun pernah terberak dalam seluar. Aku pun ada kisah cinta pertama aku. Aku pun pernah terberak dalam seluar masa Darjah 1. Tapi agak-agak lah.