
Aku tahu apa yang kau rasa. Aku tahu peritnya gimana bagi kau. Aku tahu. Tapi perit aku juga, kau perlu tahu. Jangan berlagak pura-pura tidak tahu. Selagi Tuhan bisik pada telinga yang kita akan bersama, aku akan terus genggam erat tangan kau. Masih bisa aku rasa hangat tangan kau. Biar aku dengar tangis mengada-ngada kau itu sebab aku akan selalu bersama kau. Buruknya kau bila menangis. Hodohnya kau teresak-esak. Kau tetap si kacak bergaya bagi aku. Tapi jika suatu saat nanti Tuhan campakkan kapal terbang kertas yang berconteng bahawa tuah dan takdir untuk kita bersama akan terpadam, ya kita turutkan saja. Aku lepas genggam tangan kau. Aku biar dia yang sambut hangat tangan kau semula. Biar dia saja yang dengar tangis kau itu. Biar dia saja yang kesat airmata kau itu. Dia lebih layak. Hati aku teriak yang jodoh kau dengan dia lebih kuat berbanding dengan aku. Walau apa pun terjadi, semua itu bergantung pada Tuhan. Sudah. Jangan fikir lagi tentang hal itu, hanya bikin kita menangis saja. Kita guna masa yang ada ini untuk kita terbitkan momen-momen indah bersama. Kita nikmati hidup. Satu saat nanti momen-momen itu akan jadi satu memori yang selayaknya tak layak dihapuskan. Tapi jika ada memori lain yang lebih penting, kau boleh buang semua memori itu. Aku tak paksa kau saratkan kepala otak kau dengan memori-memori kita. Pilih memori yang penting saja.
Kita kuat nak lalui semua ini. Sebab itu Tuhan temukan kita. Tapi Tuhan tak salah kalau dia mahu pisahkan kita. Dia ada kuasa. Ingat, Tuhan akan bagi kita jalan yang paling terbaik. Kita ikut saja. Kalau aku jadi Tuhan pun, aku akan tunjukkan kau jalan yang paling terbaik untuk kau.