Pray for gaza



Aku di sini di tanah tumpah darahku ini masih boleh bergelak ketawa, tidak seperti di sana. Gaza. Ke manapun jua langkah kaki ini, tiada rasa bimbang apalagi rasa gentar. Tetapi tidak seperti di sana. Aku di sini masih bisa nyenyak tidur berselimut kesejukan dek hujan yang menyembah bumi Malaysia. Tetapi tidak seperti di sana. Yang namanya penduduk Gaza itu menggigil ketakutan dek kerana dihujani peluru berpandu dari langit kejam ciptaan Israel bangsat. Dihantui askar-askar bangsat Israel yang bersenapang. Tiada belas kasihan, hanya kekejaman dan kerakusan rejim Israel membedil bumi Palestin. Aku di sini mengeluh kononnya hidup tidak adil, tetapi adilkah apa yang terjadi pada bumi Gaza? Apakah sama yang berlaku di Gaza dan di sini? Cukupkah untuk aku nyalikan hidup aku ini tidak adil? Hakikatnya, saat ini bumi Gaza dilimpahi darah merah pekat rakyatnya yang tidak berdosa, mayat-mayat hangus bergelimpangan di merata-rata, kaku mayat si anak kecil yang tidak berdosa akibat bedilan Israel bangsat. Cukup menyayat hati apabila ditatap dari muka depan akhbar -akhbar semasa. Buat bumi Palestin, jangan menangis. Sesungguhnya doa-doa umat Islam dari seluruh dunia masih tidak putus-putus.

Dear Muslims, pray for brothers and sisters at Gaza. Pray for Gaza.