14



Pagi yang indah akan jadi lebih indah jika kau yang bersama aku. Aku mahu senyum kau di pagi hari untuk bikin aku bingkas bangun dari tidur aku. Petang yang santai akan jadi lebih enak jika kau yang bersama aku. Aku mahu manja kau di petang hari untuk bikin aku gelak. Malam yang dingin akan jadi lebih hangat jika kau yang bersama aku. Aku mahu sentuhan kau di malam hari untuk bikin aku tidur nyenyak. Jika pagi, petang dan malam kau yang bersama aku, hari aku jadi sempurna. Hari-hari, kau yang bikin hati merah aku ini makin merah. Walau berapa banyak nikotin sigeret yang aku sedut, hati aku ini enggak akan jadi hitam legam. Nikotin cinta kau sudah merebak di seluruh hati aku. Terima kasih sayang untuk hari-hari dan momen-momen bahagia yang kau ciptakan untuk aku. Bikin aku terbang tinggi.  Bikin aku makin mahu terbang tinggi bersama kau. Terima kasih sayang untuk sejuta semangat kau tuangkan untuk aku. Terima kasih sayang kerna bikin aku percaya dunia ini bukan khayalan. Dunia ini ketemukan aku dengan kau. Momen paling gratis dalam jangka hayat aku ini. Bergelen-gelen darah merah aku tarungkan pun masih enggak bisa aku langsaikan hutang aku pada kau. Tapi selagi tubuh ini masih punya jiwa, kau enggak akan pernah kurang dengan makanan cinta dari aku. Nama kau selalu aku titipkan dalam doa langsai saja takhiyyat akhir solat aku. Dan nama itu enggak akan pernah berubah. Enggak akan pernah sama sekali.

Bahagia ini, kita saja yang rasa. 14 bulan, kau tak pernah lupa cintakan aku, sayangkan aku, rindukan aku. Aku tahu, kau tak akan pernah lupa.

Happy Anniversary, Ashraf.